Monday, May 14, 2007

Read More di Blogger Baru

Tutorial ni aku edit dari MaIDeN Life dalam bahasa Indonesia.
Hackosphere : Expandable posts with Peekaboo view
Beautifulbeta : Collapsable Posts


Berikut langkah-langkahnya.

1. Pada dashboard blog anda pilih blog yang akan dihack tadi, klik "Layout", klik "Template", klik "Edit HTML"

2. Klik "Download Full Template" dan simpan template anda untuk backup/jaga-jaga.

3. Kemudian beri tanda right/klik di "Expand Widget Templates"


4. Tekan Ctrl + F kemudian taipkan atau cari kod: ]]></b:skin> masukkan kod css berikut sebelumnya.

Kod css:

/* Read more
----------------------------------------------- */
.readmorebutton{
background-color: #ff6600;
border: 1px #ff6600 outset;
padding: 0 2px;
color: white;
text-decoration: none;
font: bold 10px Verdana;
}

.readmorebutton:visited, .readmorebutton:hover, .readmorebutton:active{
color: white;
}

.readmorebutton{
background-color: #d1ec4c;
border: 2px #d1ec4c outset;
padding: 1px 4px;
color: black;
text-decoration: none;
font: bold 90% "Lucida Grande", "Trebuchet MS", Verdana, Helvetica, sans-serif;
}

.readmorebutton:visited{
color: black;
}

.readmorebutton:hover{
border-style: inset;
background-color: #e3f48e;
padding: 2px 3px 0 5px; /*shift text 1px to the right and down*/
}

.readmorebutton:active{
color: black;
}

5. Tekan Ctrl + F kemudian taipkan atau cari kod: </head>

6. Masukkan kod berikut :
<script type='text/javascript' src=
'http://www.anniyalogam.com/widgets/hackosphere.js' />
sebelum kod </head> itu

7. Tekan kembali Ctrl + F dan taipkan atau cari kod: <b:includable id='post'

8. Sila pastikan adakah "Expand Widget Templates" sudah di tandakan. Jika belum kembali ke langkah nomor 3.

9. Cari includable yang dipanggil <b:includable id='post' var='post'> . Highlightedkan hingga <div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>
dan gantikan dengan kod dibawah.

<b:includable id='post' var='post'>
<div class='post uncustomized-post-template' expr:id='"post-" + data:post.id'>
<a expr:name='data:post.id'/>
<b:if cond='data:post.title'>
<h3 class='post-title'>
<b:if cond='data:post.url'>
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
<b:else/>
<data:post.title/>
</b:if>
</h3>
</b:if>

<div class='post-header-line-1'/>

<div class='post-body'>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<p><data:post.body/></p>

<b:else/>
<style>#fullpost {display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<span id='showlink'>
<p><a class='readmorebutton' expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"' href='javascript:void(0);'>[+] Read More</a></p>
</span>
<span id='hidelink' style='display:none'>
<p><a class='readmorebutton' expr:onclick='"javascript:hideFull(\"post-" + data:post.id + "\");"' href='javascript:void(0);'>[-] Summary Only</a></p>
</span>
<script type='text/javascript'>
checkFull("post-" + "<data:post.id/>");
</script>
</b:if>

<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>


10. Setelah copy/paste, klik "Save template"

11. Apabila segala sesuatunya berjalan dengan baik, maka kamu akan melihat tulisan berikut:


Your changes have been saved. View Blog



12. Pergi ke Settings -> Formatting dan ke bawah page itu, anda akan dapati kotak untuk menetapkan "Post template". Copy/paste kod di bawah dalam text box itu dan save setting tersebut.

Type your summary here
<span id="fullpost">
Type rest of the post here
</span>

Nota tambahan:

* Masukkan kod <span id="fullpost"> selepas ringkasan artikel anda. Masukkan kod </span> selepas berakhir baki artikel anda. Kalau anda ingin mengedit artikel2 yang dulu.

* Anda boleh mengubah perkataan
[+] Read More dan [-] Summary Only pada kod di step ke 9.

* Kalau tidak suka read more anda ada button. Anda tidak perlu masukkan kod css read more (langkah ke 4) dan buangkan
class='readmorebutton' pada kod pada step ke 9.

[+] Read More

Sunday, May 13, 2007

Tiga punca perpecahan

Soalan:Memerhatikan fenomena sekarang ini, masalah yang dihadapi oleh umat Islam seumpama semakin meruncing. Bermasalah dengan masalah dalaman juga dari luar.
Sebagai agama yang diiktiraf Allah, Islam sewajarnya menjadi lebih kuat dan perkasa berbanding dengan keadaan yang berlaku di zaman Rasulullah dan juga khalifah.

JAWAPAN:Untuk menjawab soalan saudara, cara yang paling baik sekali ialah merujuk kepada keterangan-keterangan hadis. Di antaranya sebuah hadis riwayat daripada Imam Abu Daud bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: Akan datang pada satu masa nanti, umat lain akan berebutkan kamu, seumpama orang yang lapar berebut-rebut makanan dalam hidangan.

Sahabat bertanya (kepada Rasulullah): Adakah kerana bilangan kami sedikit ketika itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Bukan sesungguhnya kamu ketika itu banyak, tetapi kamu seumpama buih terapung-apung di atas air bah. Dan sesungguhnya tertanam dalam diri kau kelemahan jiwa. Ia ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan lemah jiwa ya Rasulullah? Baginda menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati.
Di antara penyakit jiwa yang melumpuhkan kekuatan Islam ialah cintakan dunia, menyebabkan mereka menumpukan keinginan untuk mendapatkan kesenangan dan keseronokan dunia melebihi segla-galanya. Ini menyebabkan semangat perjuangan itu menurun dan rasa untuk membela keagungan Islam sudah tidak ada lagi. Sesungguhnya keindahan dunia itu begitu mengasyikkan.
Mengenai keindahan dunia ini Rasulullah s.a.w pernah menggambarkan, menyatakan: Sesungguhnya dunia itu manis, hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah untuk mengatur apa yang ada di dalamnya. Allah akan memerhatikan bagaimana kamu semua mengendalikannya. Takutlah kepada dunia dan wanita. Sesungguhnya fitnah yang mula sekali melanda Bani Israil ialah wanita.
Rasulullah s.a.w. juga memberi amaran menyatakan: Bahawa apabila umatnya mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripadanya. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf dan nahi anil munkar, maka terdindinglah keberkatan wahyu.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bayhaqi bersumberkan daripada Ali menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: Akan datang ke atas manusia satu zaman ketika itu Islam tidak ada yang tinggal kecuali hanya pada namanya dan al-Quran tidak tinggal kecuali pada tulisannya, masjid-masjid mereka begitu indah namun ia kosong daripada petunjuk, ulama mereka tergolong daripada kalangan manusia paling jelik yag wujud di bawah langit. Daripada kalangan mereka lahir fitnah-fitnah dan akan kembali kepadanya.
Amalan
Perkara lain yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w mengenai manusia di akhir zaman ialah amalan berlumba-lumba mencari harta, sehingga mereka tidak memikiri tentang halal haram, belas ihsan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenainya yang bermaksud: Akan datang kepada manusia satu masa di mana seseorang itu tidak peduli apa yang diambil, adakah daripada benda halal atau haram.
Islam menganggap harta itu penting untuk keperluan hidup. Setiap orang Islam digalakkan bekerja keras, malah Allah s.w menyukai mereka yang bekerja keras. Namun demikian, usaha yang dilakukan itu hendaklah terdiri daripada kerja yang dihalalkan, bukan dengan cara menindas orang lain, dengan memakan riba (al-Baqarah: 278), menipu dan sebagainya, termasuk amalan mengambil rasuah.
Selain daripada kemungkaran yang dijelaskan di atas, Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan: Sesungguhnya di antara tanda akhir zaman itu ialah beberapa fitnah, bagaikan potongan malam yang gelap gelita pada waktu pagi seorang lelaki itu beriman, tetapi menjadi kafir di waktu petang, di waktu petang ia menjadi seorang mukmin, tetapi menjadi kafir di waktu subuh. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia yang sedikit.
Pada satu ketika semasa baginda Rasulullah s.a.w berada dalam satu majlis mengajar orang ramai, tiba-tiba datang seorang Arab dari kampung bertanyakan tentang ketentuan hari kiamat. Baginda meneruskan ucapannya tanpa menjawab pertanyaan itu. Sebahagian mereka yang hadir merasakan baginda mendengar pertanyaan tadi, manakala yang lain menyangkakan baginda tidak mendengarnya.
Setelah sempurna mengajar baginda menjawab, menyatakan:
Andainya amanat itu disia-siakan, maka tunggulah sahaja masa kehancurannya. Orang yang bertanya tadi bertanya apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan tadi. Baginda menjawab menyatakan apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah masa kehancurannya.
Yang dimaksudkan dengan perkataan “as-saah’’ (masa) itu ialah kiamat atau kehancuran dunia. Baginda juga pernah ditanya oleh malaikat Jibril tentang hal yang sama. Baginda hanya dapat memberikan penjelasan tentang tanda-tandanya sahaja kerana masalah kepastian kiamat hanya dalam ilmu Allah s.w.t jua. Yang dimaksudkan dengan amanah yang disia-siakan itu ialah apabila suatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya.
Terutamanya urusan yang berkaitan dengan agama maka tunggulah masa kehancurannya. Orang yang bukan ahli tidak berupaya mengendalikan tanggungjawab tersebut. Orang yang bukan ahli agama, tidak akan menyintai agama dan tidak peka dengan hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Orang yang seperti ini juga yang akan memperkatakan tentang agama, tetapi kelakuannya banyak bertentangan dengan ajaran agama.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan bahawa pada satu masa kelak, iaitu ketika di akhir zaman akan muncul golongan manusia yang bersifat munafik. Apa yang dikatakan oleh lidah tidak dengan lahir daripada dorongan hati. Fatwa yang dikeluarkan hanya merupakan tipu muslihat semata-mata. Sifat munafik seperti ini pada kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang ingin mendapat kedudukan, pangkat, penghormatan dan pujian daripada orang-orang tertentu terutamanya daripada mereka yang lebih berkuasa dan mempunyai otoriti, sehingga mereka berani mengorbankan agamanya.
Orang yang seumpama inilah yang paling dikhuatiri oleh Rasulullah seperti sabdanya yang bermaksud: Sesungguhnya yang paling aku takuti terjadi ke atas umatku ialah orang munafik yang pandai memutar lidah.
Rasulullah s.a.w juga memberi amaran tentang kemunculan pemimpin-pemimpin yang berdusta dan zalim. Baginda memberi amaran bahawa barang siapa yang menyokong atau membenarkan perbuatan dusta dan membantu melakukan kezaliman, mereka tidak termasuk daripada golongan umatnya. Mengenai hal pemimpin tadi Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: Sesudahku nanti akan lahir pemimpin-pemimpin yang menyuruh kamu semua mengerjakan sesuatu yang kamu semua tidak mengetahuinya. Mereka lakukan sesuatu yang kamu semua membencinya. Mereka itu tidak layak menjadi pemimpin kamu semua.
Tanda lain yang menyatakan tentang dunia akhir zaman ialah keadaan manusia yang tidak peduli dari mana mereka mendapat nafkah hidup, asalkan mereka boleh hidup senang dan mewah. Ketika itu mereka menganggap barang riba sebagai halal atas nama jual beli, padahal Allah s.w.t menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (al-Baqarah: 275), menyuruh mereka yang beriman agar takut kepada Allah dan meninggalkan sisa-sisa riba andainya mereka itu benar-benar beriman (al-Baqarah: 278).
Rasulullah s.a.w juga menyatakan bahawa di antara tanda-tanda dunia akhir zaman ialah hilangnya ilmu agama dan kekalnya kejahilan, arak diminum dan perzinahan terjadi dengan terang-terang. Dalam hal yang lain, manusia membela anjing lebih sempurna, dan lebih baik daripada mendidik anaknya sendiri. Rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan kasih sayang kepada mereka yang lebih muda tidak ada. Anak-anak hasil daripada perbuatan zina begitu banyak hinggakan banyak terjadi di mana lelaki menyantap perempuan di jalanan. Mereka berbulu kambing, namun berhati serigala.
Manusia bertambah rakus dengan dunia. Akan timbul ketika itu mereka yang “minum’’ al-Quran seperti minum susu. Hadis ini bermaksud menceritakan tentang kumpulan manusia yang membaca al-Quran dengan lagu yang menawan dan diiringi suara lunaknya. Suaranya sedap didengar, sayangnya ia tidak memikiri sama sekali tentang makna yang tersirat di dalamnya. Bacaan yang dilakukan hanya untuk pertandingan semata-mata, biarpun sering diberi alasan bahawa dilakukan demikian untuk mencari pahala semata-mata. Tetapi ketika diketahui dirinya kalah dalam pertandingan, hatinya merasa kesal, rugi dan malu.
Orang yang tidak mempunyai latar belakang agama, tetapi diberi tanggungjawab mengendalikan agama dan dalam masa yang sama sanggup menerimanya adalah terdiri daripada orang yang tidak ikhlas. Mereka menyedari keupayaan dirinya, kelemahan atau kekurangan tetapi tetap sanggup menerimanya.
Pada mereka tidak akan timbul sensitiviti agama, menyebabkan masalah yang berkaitan dengan agama terabai; masalah penyelewengan iktikad, murtad, syirik, ajaran sesat dan sebagainya dibiarkan. Maksiat dibiarkan berleluasa. Didikan agama tidak diambil serius. Kerana itulah dijelaskan di atas tadi bahawa apabila sesuatu tanggungjawab itu diletakkan ke atas mereka yang bukan ahli, maka tunggulah masanya iaitu keruntuhannya.
Berpecah
Ada tiga punca utama menyebabkan umat Islam berpecah, iaitu kerana harta, kuasa dan kerana politik atau kabilah. Kerana harta manusia boleh hilang rasa persaudaraan biarpun sesama adik-beradik, teman, jiran dan sesama Islam.
Kerana itulah baginda s.a.w menjelaskan bahawa baginda tidak takut sekiranya umatnya miskin, namun apa yang ditakuti ialah apabila kemewahan itu datang melimpah-ruah seperti yang berlaku ke atas umat sebelum itu. Mereka berebut-rebut seperti yang dilakukan oleh umat sebelum itu. Lantas harta itu membinasakan diri mereka.
Keduanya kerana politik, kabilah atau taksub kawan. Hal demikian telah banyak berlaku di seluruh dunia terutamanya di kalangan umat Islam sendiri. Ketika itu ajaran-ajaran baginda yang diwahyukan melalui Jibril akan hanya tinggal teori semata-mata seumpama tidak upaya dilaksanakan. Setiap pihak mempunyai pegangan daripada tafsiran ulama masing-masing, atas nama jihad sehingga menyebabkan berbunuh-bunuhan. Fenomena demikian memperlihatkan seolah-olah Islam itu agama teroris yang selama ini dicanang oleh musuh-musuh Islam.
Kerana kuasa manusia menjadi brutal dan ganas, hilang rasa persaudaraan dan tidak ada timbang rasa. Fenomena seperti ini melemahkan umat Islam. Mereka terus menerus berpecah, setiap pihak menganggap mereka adalah benar.
Segala-galanya ini menyebabkan orang Islam tidak boleh dijadikan model yang baik, yang dikagumi oleh penganut agama lain.
Mereka yang tidak memahami ajaran Islam melihat bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam adalah manifesto ajaran Islam itu sendiri. Kerana itu apabila umat ini lebih banyak memperlihatkan tingkah laku yang negatif, berperang sesama sendiri, terlibat dengan masalah sosial dan lain-lainnya maka kehebatan mereka sedikit demi sedikit akan terus terhakis.

Petikan dr Bicara Agama Utusan Online..Oleh:

Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.

[+] Read More